Pengenalan



      TEMA JAYA GROUP SDN. BHD. telah ditubuhkan pada 7 Disember 2018 dan adalah sebuah syarikat 100% bumiputera yang menjalankan perniagaan yang berasaskan kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik serta perkhidmatan ICT. Penubuhan syarikat ini meneruskan kesinambungan dan meluaskan perniagaan syarikat bersama di bawah satu kumpulan dengan projek-projek yang telah dilaksanakan melalui kerja yang telah berjaya dan berkualiti. Syarikat ini juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta telah mendapat taraf Syarikat bertaraf Bumiputera.

      Kesungguhan amat penting dalam melaksanakan kerja bagi mencapai perkhidmatan yang cemerlang. Strategi syarikat kami menekankan kepada beberapa aspek penting seperti pengurusan organisasi, efisensi pemasaran, mutu kerja, ketepatan dan hubungan baik dengan pelanggan dan stakeholder. Bagi menjayakan penglibatan syarikat dalam perniagaan ditahap maksimun, pihak syarikat telah merancang dan sentiasa berfikiran terbuka dalam mengatur sebarang aktiviti yang dijangka membawa keuntungan dan faedah bersama.

      Bagi mencapai matlamat tersebut, segala kelengkapan dan peralatan perlulah mencukupi, selesa dan selamat digunakan. Syarikat kami juga akan berusaha untuk menjadikan syarikat ini sebagai suatu entiti yang dinamik, berdaya saing dan dikenali ramai dengan tenaga kerja yang terlatih dan hasil kerja yang berkualiti. Ia menerusi tatacara kerja kami yang sentiasa memahami kehendak dan spesifikasi pelanggan serta menepati masa, sentiasa mengambil pendekatan positif setiap cabaran yg dihadapi dengan berjaya. Kami juga telah membuka tiga cawangan di Selangor, Johor dan Perak. Dengan berkat, kesungguhan dan kerjasama yang terjalin, TEMA JAYA GROUP SDN. BHD dapat merealisasikan visi dan misi syarikat. Syarikat kami turut mempelbagaikan lagi skop perniagaan di masa akan datang, seperti menceburi bidang lain mengikut peredaran masa dan kehendak pelanggan.

OBJEKTIF

  • Menjadi peneraju yang berdaya saing dan diiktiraf di dalam semua pasaran yang diceburi.
  • Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan menyediakan perkhidmatan penyelesaian yang menyeluruh
  • Menjadi majikan pilihan yang memberi inspirasi ke arah kecemerlangan prestasi.
  • Membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan dan rakan niaga berdasarkan kepercayaan.
  • Menjana nilai pemegang saham dengan merebut peluang-peluang perniagaan yang terdapat di dalam pasaran semasa.


  • VISI


    Menjadi syarikat pilihan dengan penumpuan ke arah menyampaikan nilai terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam Syarikat.

    MISI


    Mencapai Visi, dengan berazam melaksanakan objektif utama yang telah ditetapkan.